Thinker Belle

As thoughts grow in time

Wrote dis Long Time aGo..JusT FeeLs Like SHaRing iT


-->
3 May 2009
Malam yang dingin lagi suram membuatkan aku lebih berfikir.Lebih memahami perkara-perkara yang pada kelihatan tidak penting dan remeh.Malah, malam yang berlalu juga membuat aku lebih jujur pada perasaan sendiri.Lebih jelas tentang khayalan dan impian., lebih tahu masa depan dan arah tujuan.Kadang-kala aku berharap agar malam-malam seperti itu akan berlalu dengan perlahan.
Aku pernah mengecapi kejayaan dan kemudiannya kejayaan itu perlu dibayar dengan sesuatu yang lain.Aku juga baru mengalami kegagalan yang menghampakan. Lebih jelas jika dikatakan ia adalah kegagalan pertama bagi seseorang seperti aku. Namun, aku sentiasa tahu bahawa kegagalan itu juga mula membuka mataku akan sesuatu.Sesuatu yang penting padaku.Sesuatu yang pada mulanya aku ingin elakkan.
Sikap perfectionist yang ada pada diriku kadang-kadang membuatkan aku rimas. Selalu berfikir “adakah keputusanku sesuatu yang tepat?Mungkinkan aku memandang sesuatu perkara itu terlalu serius,”Mungkin juga dilema yang aku alami dua tahun kebelakangan ini menyebabkan aku tersasar dari landasan yang sebenarnya.Mungkin ia adalah sesuatu yang bagus agar aku tidak lagi jauh tersasar pada masa hadapan.
Namun, kegagalan kali ini merupakan sesuatu yang asing.Membuatkan aku berasa lemah dan tiada arah tuju.Aku tahu masih ada peluang untuk menebusnya.Peluang ini harus aku hargai sepenuhnya.Menebus segala kesilapan lalu.Mula membuka semula langkah yang tempang pada sebelumnya.Aku akan membuat mereka-mereka yang bergantung harap padaku mampu menunjukkan senyuman bangga mereka.Ingin membuat diriku berdiri standing dengan insan-insan yang penting bagiku.Agar suatu hari di masa depan aku mampu bertemu mereka dan memberikan senyuman yang cukup yakin.Bangga dengan diriku dan dengan perkara yang telah kucapai pada saat itu.
Langkahku tidak perlu lagi tempang, aku akan mengapai semula perkara yang telah terlepas dariku dan meraih kemanisan yang belum kucapai.Menikmati semua saat-saat yang berlalu kerana aku tahu, pada masa depan aku pasti menginginkan agar masa-masa seperti itu kembali padaku.Aku akan berbangga dengan siapa diriku dan cuba menjadi lebih baik dan hampir kepada kesempurnaan.
Kerana mulai saat ini aku adalah aku.Tidak akan menoleh kebelakang lagi. Bertemankan hati dan fikiran, kenangan lalu sebagai pedoman dan masa depan sebagai arah tujuan.Kembali pada diriku yang sebenar.Walaupun ada perkara yang tak mungkin aku lupakan, yang sentiasa bersamaku, yang menjadikan aku seorang berperasaan. Tahu pada rasa cinta, kasih sayang dan persahabatan.
Dan aku akan berikan semula kilauan pada permata yang satu masa dulu pernah aku miliki.Yakin pada diriku dan tahu bahawa aku mampu.Dan pada masa depan, perasaan yang aku simpan ini, yang menjadi penemanku dalam menghadapi cabaran, yang menjadi penguat semangat.Aku akan laungkannya. Aku pasti,perasaan ini akan ku luahkan pada masa depan supaya tiada lagi penyasalan.
Pada mereka yang menyayangiku, yang tidak pernah menghakimi pilihanku dan sentiasa berada disisiku, akan ku berikan hadiah atas kepercayaan itu.
For those who dream for future,
Longed for success and victory,
Hoping that the past will be the guide,
And be exactly the same person as you actually are,
I hope you and me will achieve it soon….

~anis~

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top