July 21, 2010

✭Bintang Hati Saya✭

Semalam
Saya mimpi bintang hati saya
Macam biasa bersinar-sinar terang dalam hati

Semalam
Saya sedar itu mimpi
Saya enggan bangun bertemu realiti

Hari ini
Saya masih rindukan semalam
Hati bertanya-tanya sendiri
Mungkinkan bintang hati akan muncul lagi

Hari ini
Saya teringat-ingat sinaran semalam
Masih terang memancar di hati
Sukar malap, enggan pergi

Esok
Saya pasti masih mencari
Enggan lepaskan si bintang hati
Walau diberi emas berguni

Esok
Saya tetap berpegang janji
Terus mencari si bintang hati ♡

Terus mencari si bintang hati ♡


No comments:

Post a Comment