Thinker Belle

As thoughts grow in time

standard lagu~ semakin maju? atau kolot?

10:30 pm / 17 nov  

    baru balik dari jalan-jalan raya dengan family ku di puchong..sampai rumah terus kelam-kabut panaskan lauk-lauk yang ada, yelah takut basi..sayang wooo.. lauk lontong mama aku memang lerr super delicioussss!

   sebenarnya kena pi lipat baju nihh, sebab mamaku kena keje shift malam hari ni.. btw, mamaku ni nurse yer~ tapi korang jangan bayangkan aku selemah-lembut itu..haha..mama ku and aku adalah dari dunia yang sedikit berbeza..tapi macam mana pun mama ku is the best!

     mula-mula nak menaip, ilham datang bila dengar ayah memetik gitar letrik dan melalak lagu zakiah yang dinyanyikan oleh uncle 'sweet charity' satu ketika sahulu..haa..kalau nak tau, DNA jiwangss jiwangss ni aku dapat dari ayahku sorang ni lahh..yang tak boleh belahnya, siap main gitar letrik sambil pakai towel lak tu..ishh..ishhh..haha

    dalam entri before this, aku ada tulis camne aku boleh jadi criminal yang putuskan tali gitar adik aku. nasib baik lah benda tu da okay balik sebab ayah aku bermurah hati pegi ganti tali gitar tuh esok harinya.. yang lagi bagus duit dalam poket aku still selamat sebab ayah takde la beli brand 'ernie ball' yang adik aku idam-idamkan tuhh..kalau tak~ selamat jalan RM 100! fuhhh..memang lega lahh..

     *************************************
    
3:00 am/ 18 nov

   okay okay..sambung balik. tadi kena lari buat keje lain. ni baru la siap semuanya and adik-adik pun dah tido....haha. now, berbalik pada topik. kenapa pula tetiba nak cakap pasal standard lagu sekarang?

    rasanya ramai yang akan setuju ngan statement aku. lagu-lagu penyanyi kita dulu-dulu lagi lah sedapp didengar dari lagu sekarang. lagu dulu, kalau sekali top terus jadi evergreen..sampai generasi yang sama umur dengan cucu cicit penyanyi tu pun boleh tau.sekuat tu penangan lagu lama-lama nih

    tapi kalau sekarang, bukan lah nak cakap tak sedap langsung. ada yang berkualiti, tapi ada jenis yang tak bertahan lama. even kalau lagu tu hit giler at a time, dua tiga bulan lepas tu..kalau dengar pun bosan.

     pendapat peribadi aku lahh..lagu dulu-dulu ni means time group exist ke, xpdc ke..fuhh..meletop kot..sampai sekarang aku ngan room mate boleh melalak sama-sama time study. kalau nak group lagi senior cam carefree ke, sweet charity ke, mega ke, ekamatra ke..hah banyak lagi la.tu belum masuk penyanyi solo lagi tuhh.

    so persoalannya sekarang, kenapa lagu sekarang tak segah lagu dulu-dulu.

    adakah sebab lirik kurang bermakna?
    or sebab irama dia tak mengancam?
    maybe sebab artis tu sendiri kurang kualiti?

    agaknya, sebab ni la manusia-manusia seperti aku ni lagi suka layan lagu oversea..korea or orang putih nyer lagu.tak pun lagu dari indonesia. kalau lagu lama-lama ni, aku still tangkap layan.. macam suratan atau kebetulan, tak pun lagu alleycat ke..haha! bagi aku, zaman lagu best berakhir lepas penyanyi top negara kita kahwin..lepas tu aku lagi layan lagu indon n korea..

     eh jap jap...aku bukan cakap lagu sekarang x ley pakai langsung..ada je lagu ok macam lagu aizat tuhh.. ok la gak. aku cuma kureng sket ngan lagu yang takde feel ni.
  
    rasanya aku patut lah stop.

    bukan niat nak memperlekehkan industri muzik kita, cuma bagi kritikan membina sikit. lagipun aku ni bukan la pro sangat yang orang nak dengar cakap aku kan? but whatever, blogku milikku..haha!

p/s: tadi melalak lagu 'pusara di lebuhraya' sambil adik aku main gitar. masyuk woo..yang kurang sebab bukan kat pantai and tak de unggun api je..haha! ^^

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top