November 23, 2010

Ucaplah Syukur Sebelum Terlambat



Kadang-kadang kita sebagai manusia ini, memang selalu leka. Lupa dengan nikmat yang diberi tuhan. Keluarga yang gembira, sahabat-sahabat yang baik, makan minum yang sedap-sedap, kemudahan teknologi yang canggih, pakwe-makwe yang tip top.

Ada masa juga kita lupa nak berterima kasih. Kita anggap semua kesenangan yang kita capai adalah hasil usaha kita semata-mata. Kita lupa yang segala usaha kita hanya akan berhasil jika diizinkan tuhan.

Pepatah 'kacang lupakan kulit' bukan sahaja boleh diguna antara manusia, tapi juga hubungan manusia dengan tuhan.Jadi jangan lupa ucapkan syukur pada tuhan atas semua nikmat yang diberi sebelum ditarik balik.

Kenapa perlu bersyukur?
  • Lahir sebagai Muslim!
  • Badan yang sihat dan kuat! 
  • Akal fikiran untuk bezakan baik dan buruk!
  • Keluarga dan sahabat yang ada di sisi saat susah dan senang!
  • Pancaindera untuk melihat, merasa, mendengar, menyentuh, menghidu!
  • dan banyak lagi!!

Jadi, bak kata Professor Izzi..
"Renung-Renungkan dan Selamat Beramal!"

1 comment:

  1. Apa nice post . Aku benar-benar suka membaca jenis atau artikel . Aku tidak bisa menunggu untuk melihat apa yang orang lain katakan.

    ReplyDelete