Thinker Belle

As thoughts grow in time

Air Mataku Tumpah Kerana Blog Ini

Salam semua. Setiap yang hidup pasti akan mati. Meninggalkan semua yang ada di dunia, seorang ibu akan meninggalkan anaknya, seorang isteri mungkin akan meninggalkan suaminya, dan seorang anak akan mungkin akan meninggalkan dahulu ibu dan ayahnya. Putaran dunia tak boleh diubah, Allah telah menetapkannya.

Hari ini, sedang berjalan dari satu ke satu blog, tersinggah ke satu blog ni. 

Kisah seorang ibu, seorang ayah, seorang abang, sebuah keluarga dan si kecil bidadari bernama Alanna Qish
Tersentap hati membaca cebisan-cebisan tulisan yang ditulis
Kasih sayang ibu dan ayah yang tak pernah padam
Rindu seorang ibu kepada anaknya yang telah pergi


Coretan Dari Blog Alanna

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..

Alanna Qish
Si kecil yang tak pernah ku jumpa
Tapi membuat aku berfikir semula

Kata-kata ayah Alanna buat aku semakin deras menangis

Dady tiada kereta besar untuk diceritakan..
Dady tiada rumah banglo untuk dimegahkan..
Dady tiada kehidupan yang mewah untuk dicoretkan..
Yang dady ada hanya mumy, abang dan segalanya tentang alanna qish..
Segalanya untuk dik nun..dan segalanya khas buat puteri kesayangan dady

Kita yang sihat dan gembira
Punya keluarga dan ibu ayah tercinta
Tapi adakah kita bersyukur? Ucapkan sayang pada mereka setiap hari?

 Sedang menaip ni, air mata tetap tumpah lagi. Sebak dan terharu. Sangat menginsafkan.
  
Mujurlah penderitaannya sudah berakhir
Al-Fatihah buat bidadari syurga ini
Yang mengajarku sesuatu hari ini.

Suka kata-kata ibu dan ayah Alanna

Apa yang lebih baik dari menangis....kalau bukan menulis
Apa yang lebih baik dari menulis....kalau bukan berdoa
Setiap kataku adalah doa
Setiap katamu adalah doa
Terima kasih kerana mendoakan Alanna

Jadi, buat yang membaca
Sedekahkan Al-Fatihah buat sekecil yang berada di sana

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top