March 26, 2011

blog best vs. blog tak best (my version)

dah lama tak merapu-rapu dalam blog.memanglah ada update.tapi hah.senonet je.nampak sangat malas kan?
dah lama dah tak blogwalking and blogstalking. hehe jangan pelik tau, i use two term. blogwalking ni pegi jejalan kat blog orang tapi takde lah nak senyap-senyap ni. blogstalking ni thrilling sikit.yelah. dah nama stalk, maksudnya usha senyap-senyap lah kan?kan?

i bet everyone pernah buat keje ni kan? i mean blogstalking ni. hehe, even sekali je seumur hidup.

bercakap pasal blogwalking. kita selalu baca tips dari Abang Ben Ashaari pasal nak naikkan jumlah visitor etc. etc. kan? cannot deny it lah, tips Abg Ben tu memang lah best, simple and easy.

majoriti readers suka baca something yang sounds weird, scandalous and especially gossip.

ada jugak yang prefer baca something more informational macam tips and latest news around the globe kan?

kalau macam Abg Ben punya style pulak, dia selalu buat segment yang kita tak pernah terpikir nak buat. sebab tu lah blog dia sedap dibaca.

berbalik kepada tajuk entri for today which is blog best vs blog tak best (versi anis-means in my definition)


bagi i, blog best yang i mesti baca kalau diorang update is~

1- The Other Khairul

Hooyeah, kenapa cakap blog mr.k ni best? sebab ayat dia. penuh sarcasm yang menusuk kalbu but betul. dia punya writing style memang sesuai betul dengan jiwa remaja-remaja cam i ni.cewahhh. Topic yang dia post pulak, memang lah makes readers want to comment and share their opinion. Post dia selalu ends dengan soalan yang mencabar nurani. Even though mr.k ni punya blog penuhh dengan sindiran, most people boleh terima sebab apa yang dia cakap tu betul. And also, bak kata mr.k punya tips jugak, nak jadi famous blogger ni senang je, 'be mysterious'. hah, sekelip mata je korang boleh dapat ramai followers. but of course content of the blog and writing style pun diambil kira :)

2- Cik Epal

Ini satu lagi yang best. Cara penulisan cik epal ni pulak witty and bersahaja. i suka baca something yang relaxing yet informational. Sebab penat study, baca blog cik epal ni kekadang boleh release stress. Ada masa, i terkekeh-kekeh baca blog dia. And because cik epal ni jenis yang ceria orangnya, i pun terikut ceria. haha. plus i suka ayat trademark dia "hye korunkkkkkk!!!" lol, very cute :p

3- Mr Ben Ashaari

Kalau korang nak kenal lagi ramai bloggers, blog abg ben ni port yang paling sesuai untuk start blogwalking. Blog dia ni macam community center untuk blogger-blogger especially blogger-blogger baru yang blur-blur tak tahu nak buat apa. Segmen-segmen yang abang ben selalu buat pun menarik and menguji minda. Korang pernah tak join dia punya segmen? Macam 500 blog aritu. Perghh..tak tau nak cakap macam mana, berpinar-pinar mata menghadap screen laptop semata-mata nak jawab soalan dia.haha

4- Mat Gebu

Kalau korang suka masak memang sesuai sangat blog ni. Kalau korang suka makan pun, memang tak rugi follow blog dia. Kalau korang tak reti masak, lagi lah i recommend pergi blog dia. Mat Gebu ni selalu post entri masakan and resipi yang easy and simple yet looks very delicious. But, amaran! Kalau korang baru balik kelas or baru balik kerja, i nasihatkan jangan lah bukak blog ni, sebab automatic perut korang akan berbunyi. Bukan lagu keroncong dah, boleh jadi music beatbox pun. Makanan dia nampak sedap sangat and boleh buat orang tak lapar jadi lapar, and orang lapar jadi kebulur.heheehehe

5- DoaBuat Alanna

Blog ni pulak, sangat menginsafkan. It teaches us how to appreciate our loved ones when they are still around. Blog ni ditulis sepasang suami isteri yang kehilangan anak kedua diorang disebabkan sejenis penyakit ni(tak ingat nama penyakit dia apa).Kadang-kadang update diorang akan tulis about diorang punya life after Alanna was gone.Macam tribute lah. Kalau korang ni, jenis yang soft hearted sikit macam i (eececece) silalah sediakan tisu, sebab akan meleleh-leleh segala fluid dari badan korang, air mata , air hidung, semua keluar. Sebab blog ni is a very touching blog.

6- XiaXue

Ini pulak famous blogger from Singapore. Writing dia best, witty, full of sarcasm yet funny. Blog ni more into fashion/beauty tips sikit. But she does update about her life too. Tapi kadang-kadang blog ni ada mature content sikit, tapi takde lah mature mana pun. Just some of her 'words' is not too suitable for minors. Hehe, i dah 20 tahun, tak apa. LOL

Hurmmm, sebenarnya ada blog lain yang i suka. But, yang lain tu mostly blog pasal KPOP (korea) so macam off topic sikit. Blog-blog yang i review kat atas ni macam global sikit.Sesuai untuk pembaca-pembaca sekalian.hehe

Next, jenis-jenis blog yang i tak suka baca.

First!
Too much 18SX content, especially entri yang pasal seks tuh. Duhh, geli and geleman, so harap takde lah yang iklan benda-benda pelik kat shoutbox i tu lagi lepas ni. Things like "viagra" and those "ubat-ubat pelik" tu. Tak payah lah iklan kat sini. Ini blog budak innocent. Hahaha

Second!
Scary writing. Ghost. Paranormal Activities. Video kejam. Like "Girls kills rabbit with shoes", "Man kill himself with phone cable", or benda yang darah-darah ni. i tak suka. geli. kalau time terclick entri macam tu, i boleh stop makan kalau i tengah makan. And kalau video hantu-hantu ni lagi lah tak suka. Sebab kalau i tengok, i akan jadi takut, bila jadi takut, i tak boleh tidur and mulalah bayang benda-benda pelik. So in the end, apa pun tak dapat except i jadi takut to other things more than afraid of Allah.kan dah terpesong tu. So horror things is banned from my life.

Third!
Gossip. Gossip yang sikit sikit tu takpe lah lagi. Tak suka gossip lebih-lebih sampai tahap boleh jatuhkan maruah oarang lain. Ini i kurang sikit lah

Fourth!
Politics. i memang amik tahu pasal politik sikit-sikit. yelah, sebagai common knowledge. but i tak suka yang fanatik lebih-lebih ni. yang cakap je lebih. tambah-tambah politik zaman sekarang ni, gila kuasa je lebih. So again, politik is off topic.

Jadi, inilah jenis-jenis blog yang i suka and i tak suka.
Well, my blog is not good enough to specifically point on others. So, i just list the type of content in certain blogs that i don't like.

Since my blog is originally made as a personal blog. i wish to keep it that way. i mean i'll write things based on my personal liking. some of it may sounds like rants or nonsense babbling. i know. but i like it that way :)) huhu

Till next post..tatatitututu! annyeong!!

No comments:

Post a Comment