Thinker Belle

As thoughts grow in time

Susah Payah : Baru Nak Sedar

Baru selesai berunding dalam telefon menyelesaikan masalah rumah sewa yang bakal diduduki semester depan.Rasa pelik. Sedikit was-was. Mampu ke aku nak duduk rumah sewa sendiri sekarang? Teringat waktu tengah cari rumah beberapa hari lepas. Naik turun pangsapuri yang tingginya 10 tingkat (tapi pakai lif la). Tiba-tiba satu topik menarik terkeluar..(perbualan tu lebih kurang camni)

Aku: Fuhh..penat cari rumah ni. Macam mana kalau tak jumpa?
Roomate 1: Tulah pasal, kalau boleh nak setelkan hari ni. Malas la nak tangguh lagi.
Roomate 2 : Haihh..da besar rupanya kita, rasa macam baru masuk sekolah je
Aku: A'ah.. rasa macam semalam baru masuk darjah satu.
Roomate 1: Eleh, tipulah kalau rasa semalam baru masuk darjah satu.
Aku: Heheh..hyperbola la makcik
Roomate 2: Hahaha.. 
Aku: Aduss..bole ke kita dok rumah luar ni. Rasa macam kecik lagi
Roomate 1: Kecik la sangat
Aku: Cikit je..huhu



Dulu tak payah susah-susah nak pikir tempat tinggal. Waktu dok MRSM, sume free. Masuk matriks, siap dapan elaun lagi. Sekarang ni, walaupun ada duit PTPTN yang beberapa ringgit tu.. Pening kepala aku. Nak budget untuk makan la, buku la, transport la dan bermacam bagai lagi.

Now, next semester nak duduk luar. Alamat bersawang la purse aku nanti. Haihh..sekarang baru nak rasa susah. Dulu mak ayah bagi duit, suka-sakat je belanja. Mak cakap tak pe, ayah pun cakap tak pe. Walaupun takde la sampai tahap joli sakan, tapi duit-duit tu aku pakai tanpa sedikit kerisauan pon.

Sekarang? Nak kuar RM1 pon pikir sepuluh kali. Kadang-kadang segala breakfast, lunch ngan dinner pon nak skip. Balik-balik makan meggi ngan biskut kering dalam bilik. Kalau rajin sket baru la buat Milo ke, Nescafe ke. Tapi, duit tetap lesap. Ntah mana dia pegi aku pon tak tahu. Ada toyol ke kat kolej mawar? Haha..tahyul je, kalau ada toyol pon..aku la toyol tu..

Rasa takut memikir masa depan. Nak bayar sewa rumah, tambang bas, makan, minum, letrik and air, buku, fotostat dan segala macam lagi. Belum dikira time suka ria. Yelah, mesti kadang-kadang nak enjoy sket. Tengok wayang ke, shopping baju sehelai dua.

Duit..duit..duit..
Even kalau bapak aku tokey kilang cop duit pon. Rasanya tak cukup gak. Yelah, bak kata lecturer ekonomi aku, ini sumer adalah masalah 'scarcity' bukan 'bandar parut' tapi 'there are always be unlimited resources to fullfill our unlimited wants'. Ecece..tahu lah final dah nak dekat.

Senang cerita.
Lepas final, aku kena keje. Toksah nak mengada-ngada lepak kat rumah. Carik duit tolong mak ayah lagi bagus. Huihhh..hopefully ni bukan la angan-angan. Yelah, aku da kenal sangat dengan tuan punya badan ni.. Kadang-kadang separuh je semangat tu.. Hehehehe..

Harap jugak dapat kolej kat dalam. Nak harap mohon kat kolej mawar tu..hmmphhh.. tunggulah bulan jatuh ke riba..ntah2 kalau betul2 jatuh pun belum tentu dapat.

Tetiba rasa macam nak pegi mengorat pegawai kat mawar tu.Yelah, mana tau dapat kolej ke kalau buat camtu. Tak pun, suruh mak ayah aku amik anak angkat , tak payah ramai dalam dua tiga orang cukuplah. Baru bilangan tanggungan tu angka dia besar sikit. Haha. (kalau jadik camtu, konpem aku kena cakap goodbye kat wifi kat umah aku nihh..kihkih)

Ohh sayangku, duit yang ada dalam bank. Tak boleh kah anda beranak cepat2 sikit. Ni tak, setakat sesen dua, buat beli eskrem malaysia pun da tak cukup tauuu..

Hmm..itu sajalah coretan gila hari ini. Dah lama tak merapu cakap-cakap macam ni. Rasanya, malam ni otak saya terlebih aktif kott. 

   ************************************************************

Konklusi: Hargai lah penat lelah mak ayah anda yang bekerja siang malam beli segala benda untuk anda. Makanan sedap2, baju cantik2, mainan mahal2, belum kira holiday dan segala macam lagi. Tulahh, da besar baru nak menabung, jadilah korang macam saya, pelajar universiti yang kusut pikir pasal duit. Saya memang da tahu yang 'No Money, No Talk' tapi sekarang phrase tu macam da di gam kat kepala otak saya pakai gam cap gajah. Lepas ni, saya rasa saya nak beli gam gajah banyak2 untuk bagi ingat nota kuliah pulak lahh..hehehe..sekian ^^

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top