assalamualaikum and hello peeps ^^
sejak dua hari lepas, i dok memerah jus-jus otak memikirkan apa yang patut dirapu dalam blog ni
kalau korea je duaplohpatjam, boleh pengsan korang kan?
yelah, tak semua minat benda yang sama, so kena la variety kan penulisan kita kan??
bak kata bloggers yang pemes amous, penulisan yang menarik buat orang tertarik
bila orang tertarik blog kita jadi menarik
ahhh sudahhhh, merepek pula. abaikan dua baris ayat di atas.hehe
dok memikir tadi, baru nak tersedar bahawa diri ini taklah memiliki sense of humour yang tinggi
apatah lagi sebijik dslr mahal yang boleh diguna untuk menangkap gambar menarik untuk disumbat dalam blog sendiri
jadi, mehhh kita ikot trend orang sekarang, menciplak idea.huahua
okay, ini cerita 95% diciplak dari ayah saya dan 5% lagi adalah kemungkinan cerita tersebut telah diauta secara automatik dalam kepala otak penulis blog.
**********
tajuk: bila botol sos terbang
aritu i ada cakap pasal 'my set of neneks" kan?
okay, kali ini nak cerita pasal arwah atuk saya pulak
macam i cakap, kitorang panggil atuk ---> atuk lodeh
okay, jangan tanya kenapa. tuan blog tak tahu
atuk lodeh ni bapak kepada ayah tuan blog
atuk ni seorang yang garang, sumpah takut
tapi seingat i, kitorang tak pernah kena marah pun
dipendekkan cerita, ayah i pernah bagitau kisah dia kena marah dengan atuk
dulu atuk ada bukak kedai makan dekat chow kit road
suatu hari, atuk cakap kat ayah
"man! hang pergi bali teh dalam tin susu dekat kedai mamak depan tu"
"baik pak" ayah i jawab
ayah pun dengan yakinnya pergi kedai mamak and mintak
"macha, kasi teh dalam tin susu satu"
*i tak tahu apa jadi kat kedai mamak tu sebab ayah tak cerita*
dipendekkan kisahnya
ayah pun balik, then bagi kat atuk teh dalam tin tu
kononnya, dah accomplished lah task tu kan
sekali...
"hang ni bengap ka?"
dengan terkejutnya ayah cakap
"apa pasai pak?"
"aku suruh hang beli serbuk teh, yang hang pi beli ayaq teh buat apa? kan aku ada kedai minum, kalau nak minum teh baik aku buat sendiri"
ayah lagi lah terpinga-pinga
"biar betul beli serbuk teh dekat kedai mamak" kata ayah dalam hati
"man ingat bapak nak minum air teh kedai mamak"
*ohhh atuk i memang pantang kalau orang menjawab*
!@#$$&^*shge4$!4!!
i tak ingat perbualan seterusnya, yang pasti mulalah pertengkaran hebat alaf tersebut
yelah, kalau ikut logikkan, apasal nak beli serbuk teh kat kedai mamak kan? dalam tin susu pulak tu!
tapi disebabkan ayah i telah menjawab, isu itu semakin membesarlah
*yelah, time tu ayah i muda remaja lagi, hormon tak stabil..hehe oppss!*
so, ayah i pun bengang ahh kan, sebab kena marah kat depan kedai
bila ayah i nak belah je
tetiba rasa ada benda lalu sipi je dekat telinga ayah (kiri ke kanan i tak ingat)
sekali tengok, mak aihhh! botol sos sudah pecah di depan mata
nasib baik tak kena kepala
tak pasal-pasal kena limaplohenam jahitan kat kepala kang
hahaha! bila kitorang dengar je cerita ayah camtu
apa lagi, gelak sakan lah
siyes, kelakar gila kalau korang dengar version ayah i
yang version i ni dah lack authenticity dah
haaa, garang kan arwah atuk i
kalau nak ikutkan, macam lagi garang hah dari pakcik sidek dalam komik anak-anak sidek tuu
tapikan, standard ahh orang zaman dulu-dulu garang
apa-apa pun, i still rindu kat atuk lodeh
*al fatihah*
p/s: cuba bayangkan kalau ada botol sos terbang tepi telinga korang, haha dah macam the matrix dah!
0 Comments