Thinker Belle

As thoughts grow in time

saya ada empat nenek, korang ada ker??

assalamualaikum and hai peeps!



letih baru balik driving test tadi
result? hmm, panjang ceritanya, sekarang cam takde mood nak berceloteh
malam nanti kay? promise! 

tadi after balik test je
teringat yang my nenek angkat sakit
so nak pergi melawat dia

balik rumah terfikir, untungnya i ada empat orang nenek

meh ler berkenalan dengan nenek-nenek saya!

nenek satu! dan nenek dua!
ini arwah nenek belah ayah. nenek timah. klassik kan nama nenek kite.haha
nenek meninggal time i form three, exactly setahun selepas atuk belah ayah (suami nenek ler) meninggal
lepas nenek meninggal, rasa hilang sangat, sebab rapat sangat dengan nenek timah
nenek timah terer gila masak, paling best is that dia ni kira genius lah tang buat tapai
kau sebut lah tapai ubi ke, tapai pulut ke, sumpah marvellous
atuk lodeh (taktau kenapa gelaran camtu) and nenek timah ni memang hebatlah masak
sebab tulah ayah i pun masak sedapp kott (promote ayah sendiri..haha)
my atok lodeh and nenek belah ayah ada rumah ala-ala ranch gitu
siap ada lembu, kuda, ayam, itik, angsa, kau sebut je lah
ada seekor kuda tu nama dia 'ketumbit' sebab kat mata dia ada ketumbit
lepas atuk and nenek meninggal, semua lembu dah kena jual
sebab takde sape nak jaga lembu tu dah
tinggal si ketumbit je kat kampung tu, nasib baik my mak uteh ada tinggal sana
kalau nak cerita pasal family belah ayah ni, duaplohpatjam darab tiga pun tak cukup
sebab adik beradik ayah mak aiiii, ramai gila
bahagia betul arwah atuk and nenek muda-muda dulu
lupa nak cakap, arwah atuk saya dulu handsome tauu
sumpahh tak tipu
nenek dua pulak isteri kedua arwah atuk, kitorang panggil nenek ummi
nenek ummi pun dah meninggal tahun lepas
time tu i ada exam so tak dapat hadir time majlis pengkebumian. sedih tau, time atuk meniggal pun tak dapat balik sebab ada exam dekat mrsm dulu TT
dengan nenek ummi, i tak berapa rapat
tapi satu benda yang tak lupa is that nenek ummi ni kuat sangat melatah
time kecik-kecik tengok orang tua melatah, memang terkekek-kekek kitorang gelak
tapikann ingat balik sekarang rindu kat atuk and nenek timah and nenek ummi
p/s: kalau baca ni tolonglah sedekahkan al-fatihah dekat atuk and dua-dua nenek i tau
nenek tiga!
nenek yang seterusnya is nenek bedah, nenek ni my mama punya mak
nenek bedah ni misteri sikit, sebab kitorang taktahu siapa parents nenek
dengar cakap, nenek kena bawak lari from thailand masuk malaysia time dulu-dulu
since kampung i dekat area sempadan kedah-thailand logic lah kan
nenek kata, dia tak ingat sapa bawak dia
yang dia ingat ada orang bawak dia masuk hutan sambil bawak baldi yang ada pelita dalam tu
gila misteri kan nenek bedah ni? sampai sekarang maklong kitorang usaha nak cari relatives nenek dekat sana
but everytime ada klu, semua orang yang kitorang pergi jumpa macam tak mau bagitahu siapa parents nenek
entah-entah nenek ni anak raja thailand kott?
kalau anak raja, means nenek i puteri lah kan? so i pun puteri lah kan?
okay from now on call me princess anis..(ngeh ngeh berangan lebihh)
apa-apa pun, tak kisah lah nenek ni anak sapa, tapi nenek bedah ni tetap rocks
sebab dia punya ketupat daun palas memang marvellous
even semua orang tahu resepi nenek, tapi tak pernah jadi sebijik
inilah kott yang orang panggil air tangan
p/s: nenek bedah and atuk belah mak (atuk din) masih ada lagi, sihat dan gembira ^^
nenek empat!
nenek nombor empat lah yang i pergi melawat tadi
nenek jah ni orang negeri sembilan, kuala pilah
i suka dengar slang nogori nenek, comel 
tapi nenek sakit, cancer, mula-mula cancer rahim, now cancer tulang
family nenek tak mau bagitau nenek pasal cancer tulang tu
sebab tak mau dia sedih
nenek dah tua, jadi doctor refuse buat operation or chemotherapy
nenek jah ni bukan nenek betul i
she's just my babysitter tapi sangat baik dengan i
i siap ikut dia pergi jalan, balik kampunglah
even gambar time kecik-kecik dulu, lagi banyak gambar i kat rumah nenek jah dari rumah i sendiri
semua family dia dah macam uncle and auntie i
suami nenek, i called him atuk dah meniggal
i menangis teruk hari tu
agaknya tulah orang kata, flesh and blood bukan lah satu-satu faktor penguat hubungan antara manusia
tadi time i tengok nenek, she's very thin
dah tak boleh jalan dah
sedih sangat (oh, i'm starting to cry now)
antara semua nenek-nenek i
i paling rapat dengan nenek jah, i can tell her almost everything
harap-harap nenek dapat sihat semula and panjang umur
nenek cakap dia nak tengok i abis belajar and kahwin
so nenek mesti sihat TT
ok ok dah tak boleh tulis dah
so hope guys akan doakan nenek jah sihat balik ehh

okay, thanks baca. byebye

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top