Thinker Belle

As thoughts grow in time

apa saya hendak raya tahun hadapan! cerita raya tahun ni!

cr: shidah2020

assalamualaikum and hey hey people!

ecehhh, raya 2011 tak sampai seminggu lagi, hati dah siap berhajat and otak dah siap plan apa yang nak dibuat hari raya tahun hadapan. ni sebenarnya kes raya tahun ni rasa kurang puas dan kurang meriah dek kerana pinggang yang sakit (macam orang tua) dan hari raya diisi dengan sesi tidur dalam bilik sepupu semata datang beraya.

ohh...hari tu dah janji nak merepek sedikit pasal raya pertama tahun ni kan? sebenarnya, kurang menarik sebab tuan blog sangat tidak sihat ketika itu.

kisah malam raya
rutin biasa raya, selalunya selepas jam 12.00 tengah malam dimana datuk nenek pakcik dan makcik yang dah tua sikit tidur, giliran generasi ketiga keluarga tok din untuk isi kuih raya dalam balang and pasang langsir. tapi tak tahu kenapa, tahun ni kemain effisien semua orang, semua benda siap pasang sebelum pukul dua belas, ohh tapi yang menarik sikit sebab tahun ni tuan blog konon baik sedikit jadi tolong masak rendang kat luar rumah ditemani nyamuk-nyamuk kecil yang beraya beberapa jam lebih awal dari kami

ohh tahun ni sepupu yang balik semua dalam lingkungan tingkatan 3 dan ke atas. ada tiga sahaja budak kecik iaitu adik tuan blog, darjah enam and seorang budak kecik yang comel dan hyper active, tambah seorang baby yang rasa nak gigit setiap kali terpandang.

entah tiba-tiba, okb(orang kaya baru) keluarga tok din bawak bunga api segantang konon nak bagi anak-anak buah beliau main. (ohh kitorang tak main mercun, dah kena banned dalam keluarga) tapi ada sedikit kelakar sebab budak-budak yang ada dan layak main bunga api is my brother yang umur 12 tahun tu.

geng sepupu yang dah tua sedikit memang lah tak berhajat nak terlompat-lompat main, i pulak allergic dengan asap so memang kena backout. tapi still, okay lah sebab tengok makcik-makcik i yang muda-muda melayan anak buah main bunga api sambil kami masak rendang.

kisah pagi raya

pagi raya sesuci lebaran tu i selsema teruk gila, dah Baling(in kedah) tu sesejuk takat beku, memang tidur pakai sweater tiga lapis pun belum tentu okay. pagi raya, macam biasa, semua que nak iron baju raya. ni memang dah tebiat, semua sibuk nak iron baju pagi-pagi. tapi itu yang best, sementara tunggu turn, semua dok berkerumun ramai-ramai sambil bergossip. memang awesome.

tuan blog siap dengan sedikit kelam-kabut (setiap tahun macam ni) sebab lepas sembahyang raya nak berangkat pergi rumah mak uda 

akibat enggan tangkap gambar time tak pakai tudung, akibatnya, tuan blog takde sebijik pun gambar raya tahun ni, except for the family picture taken at mak uda's house, tu pun kak yong tak email lagi

bila kat rumah mak uda, macam biasa, menu raya, specialty diorang, sup kaki lembu. ohh awesome korang, sila jangan rasa pelik, sekali rasa, tahun depan mesti mai lagi. tapi sedihh, sebab i punya pinggang dah sakit tahap terlampau time itu, my mum tak kasi makan daging bebanyak, so i sempat hirup dalam 3-4 sudu je

lepas tu, my dad cakap nak tunggu dia punya adik-beradik sampai
oleh sebab i dah tak tahan sangat, dengan tak malu nya, mintak my cousin tumpangkan bilik. i tidur sepanjang petang tu, hahhh, memanglah terbaik, termiss raya, termiss duit raya, paling penting, again, termiss tangkap gambar raya.

and then, we balik rumah and again i tido

my raya tahun ni memang kelam kabut
and kalau kira berapa biji kuih raya masuk perut i since malam raya till the next day, you can say, less than five bijik.

ohhh yang sakit pinggang tu jangan risau (bajet macam ada orang peduli) , i sakit pinggang sebab makan satu ubat ni, side effect dia kuat so memang kena minum banyak air, since i started out time puasa memang sikit lah intake water, tu yang habis semua sakit pingganglah, ulcer lah datang beraya sekali..hehehe

ohhhh so, tahun depan, i dah decide nak buat sedikit changes supaya raya menjadi double havoc

1- tahun depan mesti balik raya awal sikit, paling lambat 2 hari before raya, i dah lama tak join persiapan raya, nak buat ketupat daun palas! (haritu sampai sehari before raya, but sebab penat journey, tido, again)
2- tahun depan mesti mandi, makeup, pakai tudung awal-awal supaya dapat camwhore siap-siap
(supaya ada profile picture baru untuk facebook)
3- tahun depan, mesti either dah betulkan my dica, or beli je camera baru supaya i ada camera ditangan time raya, nak snap semua scene yang available.
4- tahun depan, mesti dah boleh drive dengan efficient supaya dapat angkut semua cousin pergi camwhore sekitar kampung (cehh, bajet ada bendang, ex-bendang adalah)
5- tahun depan, tak boleh tidur time raya, so in preparation, sebelum pergi raya, telan semua painkiller yang wujud and time puasa minum air bergelen-gelen bagi mengelakkan perkara yang tak diingini seperti ini terjadi lagi

ohhhh okay, cukuplah list tahun depan

p/s: sila jangan salah paham, raya i tak se-pathetic it sound, sebab i buat sesi camwhore the next day (will post later) bagi ganti semua gambar yang takde, just, gambar baju kurung ler kurang sebab raya kedua semua gatal nal pakai baju biasa~huauauauuahuaaa

p/p/s: even raya i personally kurang awesome but in overall still mantapp! 

0 Comments

Contact Form (Do not remove it)

back to top