November 26, 2010

kucingku spastik

 selamat tengah malam guys! eh ke selamat pagi? haha
kali ni aku nak cerita sikit pasal kucing aku. yelah, orang semua cerita pasal pakwe diorang. so, bagi orang yang tak berpakwe macam aku ni boleh cerita pasal si kucing je la.

sedih ke bunyinya? tak payah sedih. hidup mesti happy!
cerita nya begini.jengg.jengg.jenggg!

waktu aku kecik kecik kiut miut dulu. 4 tahun maaa..
aku ada gak bela sekor kucing yang comel ni. 
tapi hilang.lepas tu sampai la aku umur 18 tahun takde sekor kucing pun boleh jejak masuk rumah aku ni. 

kenapa?
even kitorang satu family ni tersangat la obses dengan kucing especially aku yang kalau tengok kucing mesti terkinja-kinja macam orang gila. err tak de la gila sangat.hehe. yang sedihnya, kitorang tak boleh bela kucing kat rumah sebab adikku and aku ada penyakit asthma. sedih kan? kan?

namun..
setelah beberapa tahun dan kitorang pun da baik sikit. tapi sikit je lah.
mama ku dengan baik hati suci murni bagi green light kat kitorang untuk bela kucing again!
yesss..yessss! memang teramat excited la anakanda-anakanda sekaliannya.

kitorang siap chopp sekor kucing ni dari kawan mama ku. dah la si mak kucing baru je mengandung. ehh. yeke mengandung?? salah la. bunting...haha
jadi beberapa bulan lepas tu datang la sekor kucing berwarna berbulu hitam macam salem dalam cerita sabrina the teenage witch tu. korang tau tak citer tu? ala kucing hitam yang boleh cakap tu. ha. lebih kurang camtu la rupa kucing tu. disebabkan ayahku pula jenis warisan asli nenek moyang punya type. so nama kucing tu jadi very lah the simple.

"hitam" or lebih senang "tam"

tapi kitorang ni konon konon sikit western, bagi nama second. which is "tamarind" aka "tam" jugak ler. ouhh by the way, kucing ni betina tau.manja gila.ala-ala manjalara gitu.huikhuik..

tapi malangnya!
tamarind mati kena langgar beberapa bulan lepas tu.
and aku? menangis la sampai boleh banjir satu rumah. hehe
rasa cam nak bunuh je orang yang langgar tuh. jiran aku cakap budak muda yang bawak motor.
dah la tengah malam. ni mesti kes takde lesen ni.
tu baru langgar kucing. kalau langgar anak orang?
masuk jel la kau.
huh. teremosi la pulak.maap.maap

dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek. kitorang lepas tu amek lagi sekor kucing. hitam gak. sama mak macam tamarind tu. rupa pon sebijik la jugak.
so kitorang bagi nama "tam jr."

cehh,,nak ada gak junior junior tu kan.? bajet nak bagi nama anak cam orang putih la pulak.
eh lupa nak cakap. sebelum "tam jr" dibawa balik, ayahku kutip sekor anak kucing tepi jalan ni. yelah, semua macam dah sangap sangat nak ada kucing kat rumah.so ayah aku main amek je la mana-mana kucing tepi jalan yang nampak comel sikit.hehe. kali ni, ayah aku bagi satu lagi nama. lagi klasik dari "tam"

nak tau pe?
v
v
v
v
betul nak tau?
v
v
v
v
"PANJANG"

hah.korang setuju tak nama kucing yang ni klasik? simple and easy lak tu. ayah ku panggil nya "panjang" or nama pendek sket "jang" sebab ekor dia panjang.heehe

lepas ni kalau amek satu lagi kucing and kalau bulu dia kembang aku nak panggil "kembang lah" and kalau nak bagi pendek sikit "kem" or "bang" 
wakaka.wakaka.ayahku memang lucu.

**************************************

yang sedih lagi sekali
si "tam jr." hilang beberapa bulan lepas.

kali ni memang satu family takde mood sebab kucing yang sekor ni memang manja tahap max. si "panjang" pulak sombong sket and tak suka kalau orang nak pegang-pegang.
kitorang siap pusing check satu-satu rumah kat kawasan perumahan ni lagi.haihhh

si "panjang" pun
dua-tiga minggu lepas si "tam jr." hilang
macam sasau pun ada.mengiau sana.mengiau sini.
yelah. diorang memang rapat lah.
time mula-mula jumpa je bergaduh sakan.hehe

jadi tinggallah seekor je kucing kat rumah aku
nak amik kucing kat kawan mamaku lagi
mak si "tamarind" and "tam jr" pulak dah mati
alahai~ sedih benor

*********************************

walaupun aku still la rindu si "tam" sikit-sikit
tapi kalau tengok si panjang pun kadang-kadang boleh gelak sakan
especially bila dia tidur. kalah cara tidur orang!

tak caya? meh tengok!

kalah gaya aku tidur. lasak!

kalau kitorang kacau pun. takde makna dia bangun. tido mati.cam tuan dia gak.hehe



ni sopan sikit.

kalau tengok lama-lama.macam muka tikus pun ada. makan tikus banyak sangat la tuh.
orang bagi biskut mahal. nak gak makan tikus.kang kena virus tikus baru tau!

tempat lepak favourite nyer.atas tangga.hehe
apa pandang-pandang? ada hutang?!


kan betul. aku rasa la. kucing kat rumah aku ni semua spastik-spastik belaka.
tengok la gaya "tam jr." tido pulak.
tempat favourite dia. meja komputer.haha
kucing ni celik IT sikit.
maju macam tuan dia.haha
tengoklah tuh tergolek-golek.haha

okay lah.sekian sahaja kisah kucing untuk kali nih.hehehe







2 comments:

  1. comel nyaaaa !
    yg lawak tu, part nama diorang, tam, bang.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. comel nyaaaa !
    yg lawak tu, part nama diorang, tam, bang.. hehehehe

    ReplyDelete