November 14, 2010

malu jadi perempuan

    Sejak dulu, aku sedikit ragu-ragu kalau hendak menulis entri yang berkaitan dengan agama. Bukan sebab tidak berminat, tapi hati risau kalau tersalah beri pandangan. Lumrah manusia memang tak dapat lari dari kesilapan, apatah lagi diri aku yang memang serba kekurangan dan sangat sedikit pengetahuan ilmu agama.

    Tapi untuk malam ini, rasanya aku perlu tulis sesuatu kerana aku telah terlihat perkara yang sangat memalukan. Even sekarang ni pun, dada masih berdebar mengingatkan perkara tu.

   Sejak dari kecil, ada suatu petikan maksud ayat dari Al-Quran yang memang aku suka. Walaupun aku tak ingat definite makna or ayat keberapa or surah apa. Tapi, bagi aku inilah ayat paling indah untuk cinta antara adam dan hawa, means lelaki and perempuan.

 "Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi…"

  Tadi, tidak terdetik langsung untuk menulis apa-apa entri malam ni. Sampailah time bukak Facebook. Ada satu video yang menarik perhatian aku. But, once I saw it the only thing I can say is 'Astaghfirullah'. Dunia memang berubah. Tapi yang menyakitkan adalah kerana ia berlaku di public and di bumi Malaysia.







  **since video dah diremove, maybe korang tak paham post ni. actually video ni pasal 2 teen melayu kissing kat tepi jalan pavi/klcc (x sure sgt). si perempuan menangis2 try pujuk si lelaki yang nak break up lepas gaduh. the video was taken by the boy's friend.
*** it's better video dah remove.

 Aku tak akan nafikan yang ilmu di dada ni masih tak cukup untuk berkata lebih. Tapi, sesungguhnya selemah-lemah cara dalam mencegah kemungkaran adalah dengan membenci dengan hati. Tapi kali ini, aku memilih untuk membenci dengan lidah.
  
   Mungkin ada segelintir yang akan menganggap ini adalah fenomena biasa zaman sekarang. Tapi untuk aku, rasa terkilan yang aku rasa sangat besar.

   Kenapa mesti seorang perempuan harus merendahkan darjatnya sebegini rupa demi seorang lelaki? Cinta? Itu memang omong kosong. Cinta suci dari dalam hati, tak mungkin benarkan diri kita menjadi sekotor ini.

  Mungkin perlu meminta maaf kerana aku dengan terang 'post' sekali video yang memalukan itu. Niat di hati bukan hendak memalukan sesiapa, cuma berharap nilai seorang wanita tidak akan jadi serendah ini.

   Lelaki yang seharusnya jadi pelindung, adakah akan membiarkan wanita kesayangannya menangis sebegitu rupa di khalayak ramai. Jadi, seharusnya anda harus tahu setinggi mana cinta lelaki ini.

   Kalau hanya wujud lelaki seperti ini dalam dunia, aku benar-benar mohon agar Allah menjauhkan diri ini dari makhluk sebegitu. Lebih rela menunggu cinta Dia di akhirat kelak.

   Dan kalau sebegitu rupa seorang perempuan harus merendahkan dirinya demi mendapat sesuatu bergelar cinta. Aku malu jadi perempuan.

P/s: Mungkin entri ini sedikit menyinggung. Maaf dan harap renungkan.

Disclaimer: This post is based only from my own thought. The media embedded is not owned by neither I used it for personal advantage. This is merely a share of knowledge, opinion and advice.



3 comments:

  1. aku dh tgk dh video dia,, hmm agak memalukan lar,,
    aku speechless tgk video tu,,
    aku geram sbb tmpt umum,
    yg lain antare dia ngn Allah,,
    swt..

    *bkn mengaibkan tpi jadikan keinsafan,,

    ReplyDelete
  2. memang malu kan ayun!
    the way that girl trying to get the boy..

    bole nampak si mamat tuhh senyum2 nak kenakan pompuan tu..

    murahhh..murahhh

    ReplyDelete
  3. aku dh tgk dh video dia,, hmm agak memalukan lar,,
    aku speechless tgk video tu,,
    aku geram sbb tmpt umum,
    yg lain antare dia ngn Allah,,
    swt..

    *bkn mengaibkan tpi jadikan keinsafan,,

    ReplyDelete